Sunday, January 29, 2017

Puisi Sejengkal - Pasti

Malam tiba tak ditunggu
Siang menghampir tak pula dijanji

Usia mati kian muda
Pautlah pada Dia yang pasti

Saturday, January 28, 2017

Puisi Sejengkal - Waras

Bingitnya sunyi dan lapangnya diam itu
sesuatu yang menyakitkan.

Tika detik berlalu tearasa amat panjang
kabur penglihatan akal mencari waras yang hilang.

Friday, January 27, 2017

Puisi Sejengkal - Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim...

Jumaat ini aku sambut
dengan memagar nafsu
memperteguh iman.

Biar dosa silam
tinggal di masa lalu
dinafikan pertemuan semula.

Thursday, January 26, 2017

Puisi Sejengkal - Mati

Tiada yang masih hidup pernah merasakan
kecuali sebentar cuma tatkala langit menjadi gelap
mimpi seakan nyata.

Hakikatnya, semua pasti merasai
Sekadar tibanya tidak diketahui.

Wednesday, January 25, 2017

Puisi Sejengkal - Carik

Dan berkali-kali ia carik
gigih dia mencantum semula
walau dia tahu tidaklah ia akan sama.

Tuesday, January 24, 2017

Puisi Sejengkal - Jelek

Kaki di mulut = jelek.

Kata-kata terhambur tanpa ada kata kerja yang mengikut = sia-sia.

Otak di lutut = jahil.

Monday, January 23, 2017

Sunday, January 22, 2017

Puisi Sejengkal - Sepatu

Sarung sepatu baru, langkah biar laju.
Jangan endah yang belakang, usah biar hidup terkekang.

Saturday, January 21, 2017

Puisi Sejengkal - Diam

Sang tolol jangan dilayan cakap.

Si sombong jangan diajak berfikir.

Dia yang diam jangan dimaki.

Friday, January 20, 2017

Puisi Sejengkal - Gempur

Jika berhasrat menggempur,
sila kenakan perisai besi.

Jika tak ingin bertempur,
nganga mulut lambunglah kuaci.

Thursday, January 19, 2017

Puisi Sejengkal - Bodoh Sombong

Kalau tak kerana darah
dah lama aku biarkan
buku lima ini meratah tulang pipi
biar sampai jadi parah.

Sombong tak bertepi
Bodoh berkodi-kodi.

Wednesday, January 18, 2017

Puisi Sejengkal - Amanah

Sebelum hari ini ramai yang kenyang
walau makannya berkadar
disukat-catu mulut amanah yang ditanggung.

Hari ini banyaknya makanan
ramai yang masih tidak kenyang
dek kerana nafsu yang tak tertanggung
dan amanah yang kian kontang.