Tuesday, August 04, 2009

Untitled - kerana aku keliru

Buat 'kamu' yang 'tak sempat' ku temukan dalam lembaran hari2 yang mendatang

***

Ketidakpastian kamu meracuni akalku
Walau ramahmu mencuri hati
Aku senang bila kau tenang
sendiri tanpa teman
Aku resah bercampur gundah
pabila di balik keraian
'kamu' gagal aku temukan
Jasad kamu di situ
tapi mata hati ini tidak mengenalimu
Derai tawa dan jenaka bersahaja mu
buat aku
...keliru

Bila berbicara aku dapat merasakan
dirimu peka lagi prihatin
Bila berdepan kau seolah segan
cuba menampakkan sempadan

Aku keliru
hatiku mahu
tapi akalku beritahu
"He's just NOT THAT INTO YOU"

***

and my reply would be
"thank you and there would NEVER be a day where I wake up in regret for not trying hard enough"