Tuesday, June 01, 2010

ceritera cinta versi aku

mulanya rasa indah
di tengahnya rasa keliru
bila hampir berakhir dirasakan payah

di antaranya ada rindu
di celahnya ada cemburu
di hujungnya ada sendu

tika gembira meledak di dada
senyum diukir tanpa paksa
tika duka mengalir di setiap urat darah
pedihnya tampak di mata

dia perlu kamu perlu dia
kamu perlu dia perlu akuinya
tanpa kamu dia tiada
tanpa dia kamu hampa

tanpa aku cerita ini tamat di sini sahaja.